Skip to main content

Ulasan Peribadi berkenaan Filem : Cinta Paling Agung


Sumber ; YouTube Astro Gempak


Cinta Paling Agung, lakonan utama Aaron Aziz dan Siti Saleha yang memegang watak Khairi dan Amyza. Terdapat beberapa mesej penting di dalam filem ini yang saya dapat lihat yang tersirat selain secara yang tersurat iaitu Poligami.

Cerita ini mengisahkan Khairi berhasrat untuk berpoligami dengan Dewi (lakonan Zaskia Adya Mecca) setelah merasakan cintanya pada Amyza telah pudar.

Plot Amyza tidak merestuinya, namun kawan Amyza mencadangkan Amyza menjalankan satu pelan sebelum mereka berpisah. Ini adalah satu perkara yang normal dari mana-mana cerita yang biasa kita lihat.

Plot keluarga Dewi memanggil Khairi berjumpa untuk berbincang berkenaan merisik dan kegusaran keluarga Dewi apabila mengetahui Khairi masih suami orang juga normal. Kebanyakan cerita mahupun realiti akan berlaku.

Apa yang membuatkan saya terkesan menonton Cinta Paling Agung yang juga mengubah persepsi asal saya berkenaan cerita ini berkenaan Poligami, adalah apabila keluarga Dewi atau lebih tepat lagi, Ayah Dewi bertanyakan kepada Khairi yang mana akhirnya Khairi sendiri tidak mampu untuk memberi jawapan yang meyakinkan.

Selepas plot tersebut, persepsi cerita ini berkenaan Poligami berubah. Sebenarnya cerita ini adalah berkisarkan Cinta pada Pencipta. Di mana kebanyakan masalah yang kita hadapi, kita sering lupa untuk memohon petunjuk dariNya.

Cinta pada Pencipta adalah cinta yang tidak dapat dinafikan lagi sebagai Cinta Paling Agung.

Itulah pandangan peribadi saya berkenaan Cinta Paling Agung.

Comments

Popular posts from this blog

Masalah Tali Pinggang Keledar

Masalah ini masih belum selesai. Kronologi : Masalah mula berlaku seawal Julai, namun disebabkan masalah ini hanya berlaku sekali sekala, tiada sebarang tindakan dilakukan. Apabila nampak semakin kerap, saya hadir ke Pusat Servis Perodua di Bukit Kemuning (September), kebetulan ke sana kerana ada urusan keluarga. Pihak Perodua memaklumkan ianya berlaku disebabkan kenderaan berada pada permukaan tidak rata. Namun, masalah yang sama berlaku walaupun kenderaan berada dalam semua kondisi jalan. Kereta di hantar ke Pusat Servis Perodua di Kiam Fatt berhampiran Symphony Hotel, Ipoh. Dimaklumkan telah diperbaiki dengan melonggarkan sedikit tali pinggang tersebut. Kini, November, masalah masih berulang.

Food Truck Garden

Seperti biasa, The Hut adalah trak makanan kegemaran kami. Tapi apabila semua trak makanan ini berkumpul, macam-macam pilihan yang ada. Terima kasih kepada PORT kerana mengumpulkan semua track makanan sekitar Ipoh di laman mereka

Meter Jarak Perodua Alza 2014

Range Meter Perodua Alza (Alza Second Generation 2014) mempunyai masalah yang sama seperti post Oktober 2012 (Alza First Generation 2010) Tekan Sini .  Punca yang sama iaitu berlaku apabila berlaku masalah pada bateri. Sama ada bateri lemah atau bateri telah dinyahsambung.  Solusi = Tiada.  Masalah akan selesai selepas mengisi minyak.