Dalam dunia perniagaan, kebanyakan kita mahukan keuntungan dan kekayaan. Kadang-kadang ada yang sanggup "makan kawan" dan "tikam belakang" demi untuk mencapai keuntungan.
Mungkin disebabkan saya bukannya peniaga sepenuh masa, dan tidak merasakan susah payah mencari rezeki dari sumber perniagaan. Saya hanyalah peniaga kecil-kecilan dan separuh masa sahaja.
Walaupun saya hanya peniaga kecil, saya juga terdedah kepada persaingan. Namun, bagaimanakah kita melihat persaingan ini membezakan kita dengan peniaga lain?
Ada kalanya kita tidak perlu pun bersaing, malah kita boleh saling melengkapi antara satu sama lain. Agar sukar untuk cepat kaya jika mengamalkan mentaliti sebegini, namun untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan dan sesama penjual, saya merasakan ianya adalah alternatif yang terbaik.
Kita tidak tahu pada masa akan datang, pesaing kita akan membantu kita di kala kita kekurangan stok atau berada di dalam kesusahan. Tidak salah jika kita mengambil langkah pertama untuk membantu pesaing kita dahulu.
Kita hidup di dunia hanya sementara. Saham akhirat perlu juga ditambah.
Saya, Azril b Othman adalah Pensyarah Multimedia, KPTM Ipoh sepenuh masa dan juga Pengasas Aura MKP Enterprise yang menjual Hotwheels & Tomica di Facebook : Klik Di Sini,
terlibat dalam penggambaran video untuk Konvokesyen KPTM serta Pembangun aplikasi Android (masih baru berjinak-jinak).
Sebelum saya mengundur diri, salam Aidiladha kepada semua umat Islam.

Comments
Post a Comment