Alhamdulilah, akhirnya saya telah memilik Microsoft Surface 3. Model yang saya beli adalah model 128GB HDD 4GB RAM.
Spesifikasi Lengkap Microsoft Surface 3
Kelebihan Surface 3
Spesifikasi Lengkap Microsoft Surface 3
- Saiz : 267mm x 187mm x 8.7mm
- Berat : 622g (tidak termasuk papan kekunci
- Paparan : 10.8 inci 1920x1080 Resolusi Penuh
- Bateri : 10 jam
- Pemacu Keras SSD : Pilihan 64GB / 128GB
- RAM : Pilihan 2GB / 4GB
- Pemproses : Empat Teras Intel Atom x7-Z8700 (1.6GHz with Intel Burst Technology sehingga 2.4GHz)
- Port : Saiz Penuh USB 3.0, Mini DisplayPort, Sokongan MicroSD, Sokongan 3.5mm fon kepala,
Kelebihan Surface 3
- Kecil 10 inch
- Skrin beresolusi tinggi 1920x1080 Skrin definisi penuh
- Ringan dan saiz yang kecil
- Menggunakan sistem operasi Windows penuh. Juga menyokong Windows 10. Kebebasan untuk memasang mana-mana perisian berbanding Windows RT yang hanya terhad kepada perisian / aplikasi di Window Store.
- Port USB saiz penuh
- "Laptop" yang muat disimpan di dalam beg sandang kecil.
- Papan kekunci yang ada sinaran cahaya (backlit)
Kekurangan Surface 3
- Tiada slot sim. Versi yang dijual di Malaysia sehingga hari ini masih versi WiFi sahaja
- Harga Surface 3 dan aksesori yang agak mahal
- Pilihan perisian / aplikasi yang sedikit daripada Windows Store berbanding iOS (Apps Store) dan Android (Play Store).
- Serangan virus.
Kenapa tidak Tablet Android / iOS
- Kebanyakan perisian yang kebiasaan saya gunakan tidak ada versi Android / Tablet. (Contoh : aSc Timetable, Audacity, Adobe Illustrator)
- Tiada port USB penuh.
- Sokongan melihat mesej "Other" inbox di Facebook. Sangat penting kepada peniaga online kerana aplikasi natif Android dan iOS masih belum ada sokongan ini
Jika anda pengguna iMac, Macbook Air adalah pasangan yang sesuai jika anda ingin meneruskan kerja yang dilakukan pada sistem operasi yang sama iaitu OSX.
Jika anda pengguna Windows, Surface 3 adalah pasangan yang sesuai.
Comments
Post a Comment