Apakah kriteria yang membuatkan kita melihat sesuatu filem? Pelakon? Pengarah? Tajuk Filem?
Tidak dinafikan kebanyakan kita melihat sesuatu filem berdasarkan siapa pelakonnya dan apa tajuk filemnya. Jarang-jarang sekali bila kita tanya kepada penonton, sebab utama mereka melihat sesuatu filem sebab ianya arahan Pengarah yang mereka minati.
Pengarah filem hanya akan dikenali selepas ketiadaan mereka, contohnya Arwah Yasmin Ahmad (Al-Fatihah). Ataupun memang kita kenal Pengarah Filem (Promo Polis Evo yang akan ditayangkan pada 17 September) arahan Ghaz Abu Bakar.
Tapi perkara yang sering kita terlepas pandang, kadang-kadang selalu diingatkan cuma tidak diendahkan. "Jom tengok Zizan berlakon." "Jom tengok filem arahan Ghaz Abu Bakar". Kebiasaannya adalah "Jom tengok cerita PolisEvo".
Jadi, titik utama sesuatu filem itu adalah ceritanya. Itulah juga permulaan sesuatu proses penghasilan sesuatu filem iaitu skrip yang memaparkan jalan cerita. Apabila kita sudah ada cerita, barulah proses-proses pencarian pelakon, lokasi, props dan penggambaran dan penyuntingan sebelum penapisan oleh pihak berkuasa sebelum ianya ditayangkan.
Oh ya, kenapa saya letakkan bingkai gambar pada permulaan blog? Ianya adalah kerana kita sering mengujakan hiasan luaran (bingkai) tanpa memfokuskan kepada apa yang sepatutnya dilihat (Gambar atau pengisian), iaitu yang berada di dalam bingkai tersebut.
Comments
Post a Comment