Skip to main content

Bukan semua perkara perlu diceritakan


Gambar dari Facebook Do Something pada 31 Mei 2014

Setiap orang ada perjalanan hidup tersendiri. Tidak perlulah kita membandingkan diri kita dengan orang lain. Mungkin kita nampak dia hidup senang, tapi perjalanan hidupnya sebelum ini, Allah sahaja yang mengetahuinya.

Saya juga ada perjalanan hidup sendiri dan ada perjuangan hidup sendiri. Sebagai seorang manusia, kita perlulah membuka mata dan telinga melihat dan menerima pandangan atau maklumbalas orang lain. 

Namun kita yang telah dikurniakan akal dan fikiran, perlukan menilai sama ada pandangan atau maklumbalas boleh diterimapakai atau hanya menjadi selingan sahaja.

Kita hidup di dunia hanya sekali, buatlah sehabis baik seperti kata pepatah, "Bekerjalah seperti kita akan hidup 100 tahun lagi, dan beribadahlah seperti kita akan mati pada esok hari".

Saya menasihati diri saya sendiri yang juga kerap lalai dalam menunaikan ibadah kepada Nya dan semoga apa yang saya tulis ini memberi manfaat kepada semua. Ianya kerana sebaik-baik manusia, adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Masalah Tali Pinggang Keledar

Masalah ini masih belum selesai. Kronologi : Masalah mula berlaku seawal Julai, namun disebabkan masalah ini hanya berlaku sekali sekala, tiada sebarang tindakan dilakukan. Apabila nampak semakin kerap, saya hadir ke Pusat Servis Perodua di Bukit Kemuning (September), kebetulan ke sana kerana ada urusan keluarga. Pihak Perodua memaklumkan ianya berlaku disebabkan kenderaan berada pada permukaan tidak rata. Namun, masalah yang sama berlaku walaupun kenderaan berada dalam semua kondisi jalan. Kereta di hantar ke Pusat Servis Perodua di Kiam Fatt berhampiran Symphony Hotel, Ipoh. Dimaklumkan telah diperbaiki dengan melonggarkan sedikit tali pinggang tersebut. Kini, November, masalah masih berulang.

Food Truck Garden

Seperti biasa, The Hut adalah trak makanan kegemaran kami. Tapi apabila semua trak makanan ini berkumpul, macam-macam pilihan yang ada. Terima kasih kepada PORT kerana mengumpulkan semua track makanan sekitar Ipoh di laman mereka

Meter Jarak Perodua Alza 2014

Range Meter Perodua Alza (Alza Second Generation 2014) mempunyai masalah yang sama seperti post Oktober 2012 (Alza First Generation 2010) Tekan Sini .  Punca yang sama iaitu berlaku apabila berlaku masalah pada bateri. Sama ada bateri lemah atau bateri telah dinyahsambung.  Solusi = Tiada.  Masalah akan selesai selepas mengisi minyak.