Semua yang berlaku ada hikmahnya. Selepas menggunakan pemacu keras luaran berkapasiti 3TB selama 3 tahun 6 bulan, akhirnya ia pergi jua. Kegagalan pemacu keras untuk dikesan oleh komputer merupakan tanda-tanda pemacu keras tersebut tidak boleh digunakan lagi. Tiada yang kekal di dunia ini. Namun, jika masih belum terlambat, kita sewajarnya membuat salinan pendua sama ada di dalam pendrive , pemacu keras yang lain atau pun storan awan.
Halangan utama untuk berjaya adalah kepercayaan kepada diri sendiri