Melihat kepada karikatur ini (hasil carian google), saya terfikir sejauh mana kita sebagai ibu bapa mendidik anak-anak kita?
Pendidikan awal bukanlah dari Taska (Taman Asuhan Kanak-kanak) atau Tadika (Taman Didikan Kanak-kanak) tetapi sebenarnya dari rumah.
Jika ingin dibandingkan dari sudut masa, 24 jam sehari, hanya sekitar 8 jam sahaja (1/3 hari) anak-anak kita ke sekolah. Ada lagi 16 jam lagi (2/3 hari) mereka bersama kita.
Luangkanlah masa secukupnya bersama anak-anak kita. Saya menasihati diri saya yang juga kadangkala turut lalai menghadap telefon pintar. Namun, masih belum terlambat untuk kita memperbaiki hubungan kekeluargaan sedia ada.
Semoga kita dapat membina generasi yang lebih baik sahsiahnya dan maju pemikirannya demi masa depan agama, bangsa dan negara.
Comments
Post a Comment