"Zaman kanak-kanak adalah zaman paling indah." Ini adalah ungkapan apabila seseorang merasakan dirinya dah semakin tua. He he he. Kanak-kanak sahaja yang akan berfikir "Tak sabarnya nak jadi dewasa",
Entri ini tercetus apabila saya sekeluarga pergi ke AEON Kinta City. Seperti biasa, bahagian Permainan adalah bahagian yang wajib disinggah. Kebetulan hari ini ada jualan murah. Saya terjumpa di bahagian Jualan 70% (bahagian ini yang biasa akan dituju dahulu.. He he he, kad 3D.
Memandangkan anak saya memang gemar Dora The Explorer, kad 3D ini adalah yang paling banyak dibeli.
Cara untuk menggunakan kad ini, pertamanya kita kena ada teropong 3D (seperi gambar di atas). Teropong di atas adalah versi terbaharu, selepas penjenamaan semula Viewmaster. Produk asalnya ada Viewmaster, namun ianya telah dijenamakan semula di bawah Fisher Price.
Kewujudan kad 3D ini telah ada sejak saya kecil lagi. Gambar di atas ada teropong 3D milik saya ketika saya masih di bangku sekolah lagi. Ini adalah pengalaman pertama saya memahami konsep 3D.
Comments
Post a Comment