Saya sangat beruntung kerana saya masih lagi tinggal bersama kedua ibu bapa saya. Saya juga bersyukur kerana dikurniakan isteri yang sanggup berkorban untuk tinggal bersama ibu bapa saya.
Kadang-kadang, tidak dinafikan perasaan malu apabila ada yang berkata takkan masih duduk di bawah ketiak mak lagi, tapi hanya yang mengalaminya sahaja memahami situasi sebenar.
Berbaktilah kepada kedua ibu bapa selagi mereka masih ada. Pengalaman saya, saya sangat menghargai kedua ibu bapa saya setelah saya sendiri menjadi bapa kepada anak perempuan saya. Betapa besarnya pengorbanan ibu bapa dan betapa tabahnya ibu bapa untuk membesarkan kita dengan segala kelengkapan agar kita jauh lebih selesa daripada zaman mereka.
Kasih sayang bukanlah boleh dijualbeli. Hargainya semua insan yang berada di dalam hidup kita.
Comments
Post a Comment