Skip to main content

Tentang Saya - Gajet

Saya adalah manusia yang sukar nak percaya kepada bahan bacaan semata-mata, selagi tidak mengalami sendirinya.

Kesan daripada itu, berkaitan minat yang sangat mendalam tentang teknologi, gajet adalah antara yang sering membuatku teruja.

Jadi, ini adalah senarai gajet sedia ada yang dibawa ke mana-mana.

iOS : Apple iPad Mini 32gb Cellular
Android : Samsung Galaxy Note 8.0
Windows Phone : Nokia Lumia 920

Setiap benda di dunia, ada keunikan masing-masing. Samalah juga dengan gajet. Kenapa perlu membawa sehingga 3 gajet dalam satu masa? Jawapannya adalah bergantung kepada keperluan.

Apple iPad Mini adalah gajet yang dikategorikan bukan dari ideologi Steve Jobs. Beliau pernah mengatakan saiz tablet terbaik adalah 9.7 inci. Hanya selepas pemergian beliau, iPad Mini dilancarkan oleh Apple. iOS terkenal dengan kematangan aplikasi berbanding platform lain. Jadi iPad Mini sering dibawa kerana :
01. Pilihan aplikasi yang banyak.
02. Ketahanan bateri yang lebih lama.

Galaxy Note 8.0 adalah gajet yang dikategorikan meniru iPad Mini kerana saiznya yang hampir sama. Walaupun kebanyakan aplikasi Android tidak se"matang" iOS, namun Android lebih fleksibel. Tanpa perlu "root" atau "jailbreak" untuk iOS, pengguna Android mampu memacukan pendrive, mouse, keyboard, gamepad dan apa sahaja peranti yang menyokong USB / Bluetooth. Jadi Note 8 sering dibawa kerana :
01. Menyokong USB On The Go
02. Menyokong SD Card untuk storan tambahan

dan Nokia Lumia 920 adalah antara gajet terawal mempunyai kamera yang hebat. Nokia Lumia 1020 adalah yang terbaik setakat ini (untuk Windows Phone) dengan mempunyai sensor 41MP. Windows Phone adalah antara gajet yang agak kurang menyokong aplikasi, tidak seperti Android ataupun iOS. Lumia 920 juga tidak menyokong storan tambahan mahupun USB On The Go. Lumia 920 hanya dibawa kerana :
01. Kamera
02. Aplikasi Sosial terbina dalam.

Kenapa tiada Blackberry atau Symbian? Saya masih belum berkesempatan memiliki atau menguji Blackberry, namun untuk Symbian, Nokia Asha 210 Symbian S40 telah dicuba tetapi memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Comments

Popular posts from this blog

Mawi & Filsuf - Sahabat Dalam Tubuh

Kebanyakan lagu nyanyian Mawi bukanlah hanya sekadar menyedapkan telinga yang mendengarnya, namun lagu-lagu beliau, penuh maksud tersurat dan tersirat. Pengisian lagu ini juga sebenar sangat mendalam, jika kita betul-betul menghayatinya.

Frekuensi Radio di Semenanjung Malaysia

Memandangkan kebanyakan blog entri dan laman rasmi radio di Malaysia hanya memaparkan senarai frekuensi mengikut saluran radio, saya membuat entri berlainan sedikit di mana saya akan memaparkan senarai frekuensi radio mengikut lokasi. Semoga bermanfaat Perlis 89.0 - IKIM FM 106.5 - X FM 106.9 - Suria FM Pulau Pinang 88.2 - Hot FM 89.0 - IKIM FM 89.9 - Fly FM 93.0 - Hitz FM 97.1 - Sinar FM 101.3 - Kool FM 103.6 - Era FM 104.4 - Lite FM 106.5 - X FM 106.9 - Suria FM Kedah 88.2 - Hot FM 89.0 - IKIM FM 93.0 - Hitz FM 97.1 - Sinar FM 99.1 - Fly FM 104.4 - Lite FM 106.5 - X FM 106.9 - Suria FM Langkawi 89.0 - IKIM FM 90.7 - Era FM Taiping 89.3 - Lite FM 91.7 - Suria FM 93.6 - Hitz FM 95.2 - Era FM 96.4 - Sinar FM 104.9 - X FM Ipoh 87.9 - Fly FM 88.3 - Klasik FM 90.9 - Nasional FM 92.7 - Hitz FM 94.3 - Mix FM 95.6 - Perak FM 96.0 - Suria FM 96.9 - Sinar F...

Seminar Latihan - Kursus Asas Fotografi Udara (Drone)

Alhamdulilah, kursus selama 1 hari telah pun selesai. Esok adalah sesi praktikal. Namun memandangkan saya tidak mempunyai drone, sesi esok secara automatik tidak dapat disertai. Walaubagaimanapun, Alhamdulilah, ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk projek-projek video pada masa akan datang. Facebook Rasmi : Ipoh Multitask Team (IMT) Gambar dari Facebook Ipoh Multitask Team (IMT) Alhamdulilah, dapat tengok Drone yang besar secara terus   Sesi seminar bermula Penambahan Drone En Faizal duduk bersama kami ketika waktu sarapan. Alhamdulilah, banyak pengalaman yang beliau kongsikan kepada kami. Ayra pun minat Drone