Skip to main content

Kecewa dengan Nokia Lumia 920

Assalamualaikum,

Nokia Lumia 920 adalah antara gajet yang paling banyak memberi kesukaran kepada saya, sejak dari beli sehinggalah kini. Mungkin ini hanya berlaku kepada unit yang dibeli ini sahaja ataupun kepada semua pengguna Lumia 920, saya tidak dapat pastikan.

Pembelian Nokia Lumia 920 pada mulanya adalah disebabkan Nokia Lumia 610 tidak menyokong update kepada Windows 8. Lumia 610 hanya diberi naiktaraf dari Windows 7 ke Windows 7.8 sahaja. Setelah dikaji, Lumia 920 adalah gajet flagship untuk Windows 8.

Pembelian pada petang Jumaat pukul 4.00pm pada mulanya tiada sebarang permasalahan, sehinggalah apabila Lumia ini diupdate pada pukul 6.00pm. Dipercayai corrupted updates file menyebabkan Lumia 920 stuck pada Spinning Gear. Pada pukul 8.00pm dibawa kepada kedai yang dibeli, cuba soft reset dan hard reset sehingga pukul 10.00pm, tetapi tidak berjaya.

Nokia Service Centre hanya dibuka pada hari Isnin. Sabarlah aku menunggu sehingga hari Isnin. Tibalah hari Isnin, Lumia 920 dihantar ke Service Centre dan ianya mengambil masa 4 hari. Alhamdulilah, aku menerimanya semula pada hari Jumaat. 2 jam selepas guna, masalah Lumia 920 hang, x boleh ke Menu Settings, Messaging dan beberapa Menu lain.

Kembali kecewa. Layankan juga tetapi masalah perlahan-perlahan berkurang selepas seminggu. Dan Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Namun cerita terindah hanyalah sementara. Apabila keluar updates seterusnya iaitu Lumia Amber.

Pada mula updates, memang Alhamdulilah. Dengan sokongan apps baru seperti Nokia Pro Camera, Nokia Smart Camera, Lumia 920 menjadi antara gajet yang paling disayangi. Lebih kurang 2 bulan selepas itu, Nokia Pro Camera tidak boleh launch. Automatic kembali kepada Main Menu. Apps Camera biasa pula tidak menyokong orientasi Landscape.

Pagi tadi, Nokia mengeluarkan update untuk Nokia Pro Camera, dengan nama baru Nokia Camera. Namun, ianya masih tidak boleh launch pada beberapa ketika. Apabila boleh digunakan, hanya untuk beberapa shot, sehinggalah ianya kembali tidak boleh launch.

Mungkin ini hanya kes terpencil, namun ianya agak membuat saya sebagai mangsa keadaan. Dengan impian asal untuk tidak menukar gajet dalam masa terdekat, ianya akan membuat stress kerana pelaburan kepada Lumia 920, adalah amat tidak berbaloi untuk diriku.


Comments

Popular posts from this blog

Mawi & Filsuf - Sahabat Dalam Tubuh

Kebanyakan lagu nyanyian Mawi bukanlah hanya sekadar menyedapkan telinga yang mendengarnya, namun lagu-lagu beliau, penuh maksud tersurat dan tersirat. Pengisian lagu ini juga sebenar sangat mendalam, jika kita betul-betul menghayatinya.

Frekuensi Radio di Semenanjung Malaysia

Memandangkan kebanyakan blog entri dan laman rasmi radio di Malaysia hanya memaparkan senarai frekuensi mengikut saluran radio, saya membuat entri berlainan sedikit di mana saya akan memaparkan senarai frekuensi radio mengikut lokasi. Semoga bermanfaat Perlis 89.0 - IKIM FM 106.5 - X FM 106.9 - Suria FM Pulau Pinang 88.2 - Hot FM 89.0 - IKIM FM 89.9 - Fly FM 93.0 - Hitz FM 97.1 - Sinar FM 101.3 - Kool FM 103.6 - Era FM 104.4 - Lite FM 106.5 - X FM 106.9 - Suria FM Kedah 88.2 - Hot FM 89.0 - IKIM FM 93.0 - Hitz FM 97.1 - Sinar FM 99.1 - Fly FM 104.4 - Lite FM 106.5 - X FM 106.9 - Suria FM Langkawi 89.0 - IKIM FM 90.7 - Era FM Taiping 89.3 - Lite FM 91.7 - Suria FM 93.6 - Hitz FM 95.2 - Era FM 96.4 - Sinar FM 104.9 - X FM Ipoh 87.9 - Fly FM 88.3 - Klasik FM 90.9 - Nasional FM 92.7 - Hitz FM 94.3 - Mix FM 95.6 - Perak FM 96.0 - Suria FM 96.9 - Sinar F...

Seminar Latihan - Kursus Asas Fotografi Udara (Drone)

Alhamdulilah, kursus selama 1 hari telah pun selesai. Esok adalah sesi praktikal. Namun memandangkan saya tidak mempunyai drone, sesi esok secara automatik tidak dapat disertai. Walaubagaimanapun, Alhamdulilah, ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk projek-projek video pada masa akan datang. Facebook Rasmi : Ipoh Multitask Team (IMT) Gambar dari Facebook Ipoh Multitask Team (IMT) Alhamdulilah, dapat tengok Drone yang besar secara terus   Sesi seminar bermula Penambahan Drone En Faizal duduk bersama kami ketika waktu sarapan. Alhamdulilah, banyak pengalaman yang beliau kongsikan kepada kami. Ayra pun minat Drone