Skip to main content

Tentang Saya - Komputer

Seperti gajet, komputer juga antara kegilaan saya. Namun tidak seperti gajet yang mampu dimiliki dengan pelbagai platform, hanya Windows 7 dan OS Mountain Lion.

Windows 7 menjadi pilihan kerana pada ketika laptop Samsung 7 Series ini dibeli, Windows 8 masih belum menyokong kebanyakan aplikasi yang sering digunakan. Kenapa saya membeli laptop Gaming dan tidak membeli komputer PC? Mudah Alih adalah antara sebabnya. Saya suka membuat kerja di merata-rata tempat dan tidak suka hanya duduk di satu-satu lokasi. Dengan berbekalkan Intel Core i7 2.3Ghz Generasi ketiga, 16gb RAM, 1TB harddisk dan BluRay Optical Disc, laptop ini mampu membantu saya yang suka memproses video dan juga 3D. :)

OS Mountain Lion yang menjana Macbook Air 13 inci Haswell menjadi pilihan kerana kenipisan dan ketahanan bateri. Kebanyakan review menyatakan baterinya tahan 12 jam penggunaan penuh. Betul dan kadang-kadang mampu bertahan lebih daripada 12 jam. Tapi belum saya jumpa review yang menyatakan masa mengecas untuk penggunaan 12 jam tersebut, adalah sepantas 1 jam. Tak percaya? Beli dan rasakan kuasanya. :)


Comments

Popular posts from this blog

Masalah Tali Pinggang Keledar

Masalah ini masih belum selesai. Kronologi : Masalah mula berlaku seawal Julai, namun disebabkan masalah ini hanya berlaku sekali sekala, tiada sebarang tindakan dilakukan. Apabila nampak semakin kerap, saya hadir ke Pusat Servis Perodua di Bukit Kemuning (September), kebetulan ke sana kerana ada urusan keluarga. Pihak Perodua memaklumkan ianya berlaku disebabkan kenderaan berada pada permukaan tidak rata. Namun, masalah yang sama berlaku walaupun kenderaan berada dalam semua kondisi jalan. Kereta di hantar ke Pusat Servis Perodua di Kiam Fatt berhampiran Symphony Hotel, Ipoh. Dimaklumkan telah diperbaiki dengan melonggarkan sedikit tali pinggang tersebut. Kini, November, masalah masih berulang.

Meter Jarak Perodua Alza 2014

Range Meter Perodua Alza (Alza Second Generation 2014) mempunyai masalah yang sama seperti post Oktober 2012 (Alza First Generation 2010) Tekan Sini .  Punca yang sama iaitu berlaku apabila berlaku masalah pada bateri. Sama ada bateri lemah atau bateri telah dinyahsambung.  Solusi = Tiada.  Masalah akan selesai selepas mengisi minyak.

Food Truck Garden

Seperti biasa, The Hut adalah trak makanan kegemaran kami. Tapi apabila semua trak makanan ini berkumpul, macam-macam pilihan yang ada. Terima kasih kepada PORT kerana mengumpulkan semua track makanan sekitar Ipoh di laman mereka