Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

iPhone 5S atau iPhone 5C

Assalamualaikum, Selepas acara tahunan bulan Oktober Apple selesai, maka tersiarlah harga pasaran Malaysia untuk iPhone 5S dan iPhone 5C iaitu RM2399 dan RM1999 untuk model 16GB Dengan perbezaan spesifikasi dan teknologi yang agak jauh berbeza, perbezaan harga RM400 mampu membuatkan saya untuk tidak membeli iPhone 5C yang dilengkapi spesifikasi yang sama dengan iPhone 5 yang kini menjadi produk "End Of Life". Mungkin dikatakan Processor 64 bit agak tidak stabil, berlaku Blue Screen Of Death (BSOD) kepada iPhone 5S apabila launch apps "Pages", namun iPad Air dan iPad Mini with Retina juga mempunyai Processor 64 bit. Ini bermakna, setiap apps untuk iOS pada masa akan datang akan wajib menyokong Processor 64 bit. Jadi, adakah berbaloi untuk melabur kepada iPhone 5C yang mungkin akan jadi produk "End Of Life" pada tahun hadapan, sedangkan iPhone 4S masih belum lagi menjadi produk "End Of Life".

Kecewa dengan Nokia Lumia 920

Assalamualaikum, Nokia Lumia 920 adalah antara gajet yang paling banyak memberi kesukaran kepada saya, sejak dari beli sehinggalah kini. Mungkin ini hanya berlaku kepada unit yang dibeli ini sahaja ataupun kepada semua pengguna Lumia 920, saya tidak dapat pastikan. Pembelian Nokia Lumia 920 pada mulanya adalah disebabkan Nokia Lumia 610 tidak menyokong update kepada Windows 8. Lumia 610 hanya diberi naiktaraf dari Windows 7 ke Windows 7.8 sahaja. Setelah dikaji, Lumia 920 adalah gajet flagship untuk Windows 8. Pembelian pada petang Jumaat pukul 4.00pm pada mulanya tiada sebarang permasalahan, sehinggalah apabila Lumia ini diupdate pada pukul 6.00pm. Dipercayai corrupted updates file menyebabkan Lumia 920 stuck pada Spinning Gear. Pada pukul 8.00pm dibawa kepada kedai yang dibeli, cuba soft reset dan hard reset sehingga pukul 10.00pm, tetapi tidak berjaya. Nokia Service Centre hanya dibuka pada hari Isnin. Sabarlah aku menunggu sehingga hari Isnin. Tibalah hari Isnin, Lumia 920

iPad Mini vs Note 8 (Perkakasan)

iPad Mini Kelebihan - Kabel Lightning ke VGA (Projektor) mudah dicari - Kualiti skrin yang lebih baik - Kualiti kamera yang lebih baik - Kualiti binaan yang bukan plastik Kekurangan - Tiada Pen yang bermuncung tajam, hanya bermuncung bulat sahaja - Tidak menyokong USB on the go - Tidak menyokong panggilan telefon, SMS mahupun WhatsApps - Tidak menyokong MicroSD - Tidak menyokong Infra Red - Kabel Lighting tidak boleh dikongsi dengan peranti lain Note 8 Kelebihan - S Pen - Menyokong USB on the go (Pendrive, Keyboard, Mouse, GamePad) - Menyokong panggilan telefon, SMS dan WhatsApp - Menyokong MicroSD - Infra Red untuk kawalan TV - Kabel MicroUSB boleh dikongsi dengan peranti lain seperti Windows Phone dan Blackberry Kekurangan - Pencarian kable Micro USB ke VGA (Projektor) agar sukar dan kabel tersebut perlukan tenaga elektrik untuk berfungsi - Kualiti skrin tidak memuaskan - Kualiti kamera tidak memuaskan - Kualiti binaan plastik

Tentang Saya - Komputer

Seperti gajet, komputer juga antara kegilaan saya. Namun tidak seperti gajet yang mampu dimiliki dengan pelbagai platform, hanya Windows 7 dan OS Mountain Lion. Windows 7 menjadi pilihan kerana pada ketika laptop Samsung 7 Series ini dibeli, Windows 8 masih belum menyokong kebanyakan aplikasi yang sering digunakan. Kenapa saya membeli laptop Gaming dan tidak membeli komputer PC? Mudah Alih adalah antara sebabnya. Saya suka membuat kerja di merata-rata tempat dan tidak suka hanya duduk di satu-satu lokasi. Dengan berbekalkan Intel Core i7 2.3Ghz Generasi ketiga, 16gb RAM, 1TB harddisk dan BluRay Optical Disc, laptop ini mampu membantu saya yang suka memproses video dan juga 3D. :) OS Mountain Lion yang menjana Macbook Air 13 inci Haswell menjadi pilihan kerana kenipisan dan ketahanan bateri. Kebanyakan review menyatakan baterinya tahan 12 jam penggunaan penuh. Betul dan kadang-kadang mampu bertahan lebih daripada 12 jam. Tapi belum saya jumpa review yang menyatakan masa mengecas unt

Tentang Saya - Gajet

Saya adalah manusia yang sukar nak percaya kepada bahan bacaan semata-mata, selagi tidak mengalami sendirinya. Kesan daripada itu, berkaitan minat yang sangat mendalam tentang teknologi, gajet adalah antara yang sering membuatku teruja. Jadi, ini adalah senarai gajet sedia ada yang dibawa ke mana-mana. iOS : Apple iPad Mini 32gb Cellular Android : Samsung Galaxy Note 8.0 Windows Phone : Nokia Lumia 920 Setiap benda di dunia, ada keunikan masing-masing. Samalah juga dengan gajet. Kenapa perlu membawa sehingga 3 gajet dalam satu masa? Jawapannya adalah bergantung kepada keperluan. Apple iPad Mini adalah gajet yang dikategorikan bukan dari ideologi Steve Jobs. Beliau pernah mengatakan saiz tablet terbaik adalah 9.7 inci. Hanya selepas pemergian beliau, iPad Mini dilancarkan oleh Apple. iOS terkenal dengan kematangan aplikasi berbanding platform lain. Jadi iPad Mini sering dibawa kerana : 01. Pilihan aplikasi yang banyak. 02. Ketahanan bateri yang lebih lama. Galaxy Note 8.

Setiap perkara perlu ada permulaan

Assalamualaikum, Rasanya dah lama teringin nak buat blog peribadi yang ingin mengutarakan pendapat dan pandangan peribadi tanpa melibatkan mana-mana institusi mahupun apa-apa organisasi. Jadi, inilah permulaannya. Dengan penuh harapan, ianya akan sentiasa dikemaskini dan mengekalkan sepenuhnya bahasa rasmi. :) Azril b Othman