Skip to main content

Ulasan Peribadi berkenaan Filem : Cinta Paling Agung


Sumber ; YouTube Astro Gempak


Cinta Paling Agung, lakonan utama Aaron Aziz dan Siti Saleha yang memegang watak Khairi dan Amyza. Terdapat beberapa mesej penting di dalam filem ini yang saya dapat lihat yang tersirat selain secara yang tersurat iaitu Poligami.

Cerita ini mengisahkan Khairi berhasrat untuk berpoligami dengan Dewi (lakonan Zaskia Adya Mecca) setelah merasakan cintanya pada Amyza telah pudar.

Plot Amyza tidak merestuinya, namun kawan Amyza mencadangkan Amyza menjalankan satu pelan sebelum mereka berpisah. Ini adalah satu perkara yang normal dari mana-mana cerita yang biasa kita lihat.

Plot keluarga Dewi memanggil Khairi berjumpa untuk berbincang berkenaan merisik dan kegusaran keluarga Dewi apabila mengetahui Khairi masih suami orang juga normal. Kebanyakan cerita mahupun realiti akan berlaku.

Apa yang membuatkan saya terkesan menonton Cinta Paling Agung yang juga mengubah persepsi asal saya berkenaan cerita ini berkenaan Poligami, adalah apabila keluarga Dewi atau lebih tepat lagi, Ayah Dewi bertanyakan kepada Khairi yang mana akhirnya Khairi sendiri tidak mampu untuk memberi jawapan yang meyakinkan.

Selepas plot tersebut, persepsi cerita ini berkenaan Poligami berubah. Sebenarnya cerita ini adalah berkisarkan Cinta pada Pencipta. Di mana kebanyakan masalah yang kita hadapi, kita sering lupa untuk memohon petunjuk dariNya.

Cinta pada Pencipta adalah cinta yang tidak dapat dinafikan lagi sebagai Cinta Paling Agung.

Itulah pandangan peribadi saya berkenaan Cinta Paling Agung.

Comments

Popular posts from this blog

Mawi & Filsuf - Sahabat Dalam Tubuh

Kebanyakan lagu nyanyian Mawi bukanlah hanya sekadar menyedapkan telinga yang mendengarnya, namun lagu-lagu beliau, penuh maksud tersurat dan tersirat. Pengisian lagu ini juga sebenar sangat mendalam, jika kita betul-betul menghayatinya.

Frekuensi Radio di Semenanjung Malaysia

Memandangkan kebanyakan blog entri dan laman rasmi radio di Malaysia hanya memaparkan senarai frekuensi mengikut saluran radio, saya membuat entri berlainan sedikit di mana saya akan memaparkan senarai frekuensi radio mengikut lokasi. Semoga bermanfaat Perlis 89.0 - IKIM FM 106.5 - X FM 106.9 - Suria FM Pulau Pinang 88.2 - Hot FM 89.0 - IKIM FM 89.9 - Fly FM 93.0 - Hitz FM 97.1 - Sinar FM 101.3 - Kool FM 103.6 - Era FM 104.4 - Lite FM 106.5 - X FM 106.9 - Suria FM Kedah 88.2 - Hot FM 89.0 - IKIM FM 93.0 - Hitz FM 97.1 - Sinar FM 99.1 - Fly FM 104.4 - Lite FM 106.5 - X FM 106.9 - Suria FM Langkawi 89.0 - IKIM FM 90.7 - Era FM Taiping 89.3 - Lite FM 91.7 - Suria FM 93.6 - Hitz FM 95.2 - Era FM 96.4 - Sinar FM 104.9 - X FM Ipoh 87.9 - Fly FM 88.3 - Klasik FM 90.9 - Nasional FM 92.7 - Hitz FM 94.3 - Mix FM 95.6 - Perak FM 96.0 - Suria FM 96.9 - Sinar F...

Seminar Latihan - Kursus Asas Fotografi Udara (Drone)

Alhamdulilah, kursus selama 1 hari telah pun selesai. Esok adalah sesi praktikal. Namun memandangkan saya tidak mempunyai drone, sesi esok secara automatik tidak dapat disertai. Walaubagaimanapun, Alhamdulilah, ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk projek-projek video pada masa akan datang. Facebook Rasmi : Ipoh Multitask Team (IMT) Gambar dari Facebook Ipoh Multitask Team (IMT) Alhamdulilah, dapat tengok Drone yang besar secara terus   Sesi seminar bermula Penambahan Drone En Faizal duduk bersama kami ketika waktu sarapan. Alhamdulilah, banyak pengalaman yang beliau kongsikan kepada kami. Ayra pun minat Drone