Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Baru kehilangan 3TB hidup saya

Semua yang berlaku ada hikmahnya. Selepas menggunakan pemacu keras luaran berkapasiti 3TB selama 3 tahun 6 bulan, akhirnya ia pergi jua. Kegagalan pemacu keras untuk dikesan oleh komputer merupakan tanda-tanda pemacu keras tersebut tidak boleh digunakan lagi. Tiada yang kekal di dunia ini. Namun, jika masih belum terlambat, kita sewajarnya membuat salinan pendua sama ada di dalam pendrive , pemacu keras yang lain atau pun storan awan.

Ulasan Microsoft Surface 3

Alhamdulilah, akhirnya saya telah memilik Microsoft Surface 3. Model yang saya beli adalah model 128GB HDD 4GB RAM. Spesifikasi Lengkap Microsoft Surface 3 Saiz : 267mm x 187mm x 8.7mm Berat : 622g (tidak termasuk papan kekunci Paparan : 10.8 inci 1920x1080 Resolusi Penuh Bateri : 10 jam Pemacu Keras SSD : Pilihan 64GB / 128GB RAM : Pilihan 2GB / 4GB Pemproses : Empat Teras Intel Atom x7-Z8700 (1.6GHz with Intel Burst Technology sehingga 2.4GHz) Port : Saiz Penuh USB 3.0, Mini DisplayPort, Sokongan MicroSD, Sokongan 3.5mm fon kepala,  Kelebihan Surface 3 Kecil 10 inch Skrin beresolusi tinggi 1920x1080 Skrin definisi penuh Ringan dan saiz yang kecil Menggunakan sistem operasi Windows penuh. Juga menyokong Windows 10. Kebebasan untuk memasang mana-mana perisian berbanding Windows RT yang hanya terhad kepada perisian / aplikasi di Window Store. Port USB saiz penuh "Laptop" yang muat disimpan di dalam beg sandang kecil. Papan kekunci yang ada sinaran cahay

Kenapa bersaing jika kita boleh saling melengkapi

Dalam dunia perniagaan, kebanyakan kita mahukan keuntungan dan kekayaan. Kadang-kadang ada yang sanggup "makan kawan" dan "tikam belakang" demi untuk mencapai keuntungan. Mungkin disebabkan saya bukannya peniaga sepenuh masa, dan tidak merasakan susah payah mencari rezeki dari sumber perniagaan. Saya hanyalah peniaga kecil-kecilan dan separuh masa sahaja. Walaupun saya hanya peniaga kecil, saya juga terdedah kepada persaingan. Namun, bagaimanakah kita melihat persaingan ini membezakan kita dengan peniaga lain? Ada kalanya kita tidak perlu pun bersaing, malah kita boleh saling melengkapi antara satu sama lain. Agar sukar untuk cepat kaya jika mengamalkan mentaliti sebegini, namun untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan dan sesama penjual, saya merasakan ianya adalah alternatif yang terbaik. Kita tidak tahu pada masa akan datang, pesaing kita akan membantu kita di kala kita kekurangan stok atau berada di dalam kesusahan. Tidak salah jika kita men

Bukan semua perkara perlu diceritakan

Gambar dari Facebook Do Something pada 31 Mei 2014 Setiap orang ada perjalanan hidup tersendiri. Tidak perlulah kita membandingkan diri kita dengan orang lain. Mungkin kita nampak dia hidup senang, tapi perjalanan hidupnya sebelum ini, Allah sahaja yang mengetahuinya. Saya juga ada perjalanan hidup sendiri dan ada perjuangan hidup sendiri. Sebagai seorang manusia, kita perlulah membuka mata dan telinga melihat dan menerima pandangan atau maklumbalas orang lain.  Namun kita yang telah dikurniakan akal dan fikiran, perlukan menilai sama ada pandangan atau maklumbalas boleh diterimapakai atau hanya menjadi selingan sahaja. Kita hidup di dunia hanya sekali, buatlah sehabis baik seperti kata pepatah, "Bekerjalah seperti kita akan hidup 100 tahun lagi, dan beribadahlah seperti kita akan mati pada esok hari". Saya menasihati diri saya sendiri yang juga kerap lalai dalam menunaikan ibadah kepada Nya dan semoga apa yang saya tulis ini memberi manfaat kepada se

Subhanallah. Cantiknya

Insya Allah, berada di sana adalah impian setiap umat beragama Islam. Insya Allah, semoga dikurniakan kesihatan dan umur yang panjang untuk berada di sana dan melihat sendiri keindahannya.

Bengkel Memperkasa Tenaga Kerja dan Pengurusan Stress

Tarikh : 20 Oktober 2015 Tempat : Kinta Riverfront, Ipoh

Tindakan Kebaikan secara Rawak

Kita tidak memerlukan sebab untuk berbuat baik. Buatlah baik kepada sesiapa dan Insya Allah akan ada orang lain yang akan berbuat baik kepada kita. :)

Berani Mencuba

Video ini telah membakar semangat saya untuk meneruskan cita-cita tahun 2012 yang telah terbengkalai. Dengan penuh harapan, apabila penukaran jawatan Ketua Jabatan Multimedia kepada Ketua Unit Latihan Industri, saya akan mempunyai lebih ruang dan peluang untuk meningkatkan potensi diri.

Banyak kebenaran yang tersembunyi daripada penglihatan kita

"Banyak kebenaran yang tersembunyi daripada penglihatan kita" Kadang kala kita hanya melihat dengan mata kasar. Kita juga mudah untuk bersikap prejudis terhadap sesuatu. Walaupun video di atas sebenarnya adalah iklan CCTV, namun mesej yang cuba disampaikan amatlah mendalam Kita hanya sedar sesuatu itu berharga setelah kehilangannya. Hargainya apa sahaja yang berada di persekitaran kita

Selamat Hari Malaysia

Penceritaan yang menarik dengan mesej yang mendalam. Ada kalanya, kita perlu mengubah perspektif kita agar kita dapat melihat lebih daripada apa yang kita ingin lihat.

Trailer Filem : The Jungle Book

Obsesiku yang terbaru

Setelah mengikuti Seminar Latihan - Kursus Asas Fotografi Udara (Drone), saya mendapati ianya adalah satu pelaburan yang baik. Insya Allah, saya akan meletakkan dalam bajet 2016 nanti. He he.

Kursus Kreatif Kembara Fotografi Pelancongan

Tarikh : 16 - 19 Disember 2015 Lokasi : HatYai - Krabi Facebook

Seminar Latihan - Kursus Asas Fotografi Udara (Drone)

Alhamdulilah, kursus selama 1 hari telah pun selesai. Esok adalah sesi praktikal. Namun memandangkan saya tidak mempunyai drone, sesi esok secara automatik tidak dapat disertai. Walaubagaimanapun, Alhamdulilah, ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk projek-projek video pada masa akan datang. Facebook Rasmi : Ipoh Multitask Team (IMT) Gambar dari Facebook Ipoh Multitask Team (IMT) Alhamdulilah, dapat tengok Drone yang besar secara terus   Sesi seminar bermula Penambahan Drone En Faizal duduk bersama kami ketika waktu sarapan. Alhamdulilah, banyak pengalaman yang beliau kongsikan kepada kami. Ayra pun minat Drone

Pertandingan Mencipta Nama & Logo Pusat Jualan IT MARA

Syarat & Terma Pertandingan Terbuka kepada 18 tahun ke atas Penyertaan adalah Percuma Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan Semua nama & logo yang direka mestilah asli dan tidak ditiru dari mana-mana nama & logo tempatan mahupun luar Negara Semua penyertaan yang diterima oleh Urus Setia pertandingan mencipta nama & logo akan menjadi hakmilik urus setia Tarikh tutup penyertaan sehingga 30 September 2015

Kursus Asas Fotografi Udara (Drone)

Tarikh : 12 September 2015 Lokasi : Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak

Ulasan Peribadi berkenaan Filem : Cinta Paling Agung

Sumber ; YouTube Astro Gempak Cinta Paling Agung, lakonan utama Aaron Aziz dan Siti Saleha yang memegang watak Khairi dan Amyza. Terdapat beberapa mesej penting di dalam filem ini yang saya dapat lihat yang tersirat selain secara yang tersurat iaitu Poligami. Cerita ini mengisahkan Khairi berhasrat untuk berpoligami dengan Dewi (lakonan Zaskia Adya Mecca) setelah merasakan cintanya pada Amyza telah pudar. Plot Amyza tidak merestuinya, namun kawan Amyza mencadangkan Amyza menjalankan satu pelan sebelum mereka berpisah. Ini adalah satu perkara yang normal dari mana-mana cerita yang biasa kita lihat. Plot keluarga Dewi memanggil Khairi berjumpa untuk berbincang berkenaan merisik dan kegusaran keluarga Dewi apabila mengetahui Khairi masih suami orang juga normal. Kebanyakan cerita mahupun realiti akan berlaku. Apa yang membuatkan saya terkesan menonton Cinta Paling Agung yang juga mengubah persepsi asal saya berkenaan cerita ini berkenaan Poligami, adalah apabila

Apa yang ditonton di dalam sebuah filem?

Apakah kriteria yang membuatkan kita melihat sesuatu filem? Pelakon? Pengarah? Tajuk Filem? Tidak dinafikan kebanyakan kita melihat sesuatu filem berdasarkan siapa pelakonnya dan apa tajuk filemnya. Jarang-jarang sekali bila kita tanya kepada penonton, sebab utama mereka melihat sesuatu filem sebab ianya arahan Pengarah yang mereka minati. Pengarah filem hanya akan dikenali selepas ketiadaan mereka, contohnya Arwah Yasmin Ahmad (Al-Fatihah). Ataupun memang kita kenal Pengarah Filem (Promo Polis Evo yang akan ditayangkan pada 17 September) arahan Ghaz Abu Bakar. Tapi perkara yang sering kita terlepas pandang, kadang-kadang selalu diingatkan cuma tidak diendahkan. "Jom tengok Zizan berlakon." "Jom tengok filem arahan Ghaz Abu Bakar". Kebiasaannya adalah "Jom tengok cerita PolisEvo". Jadi, titik utama sesuatu filem itu adalah ceritanya. Itulah juga permulaan sesuatu proses penghasilan sesuatu filem iaitu skrip yang memaparkan jalan cerita

Alasan untuk tidak melakukan sesuatu

"Dah lama dah nak mula memblog tapi susah sebab..." " Kalau nak memblog, sekurang-kurangnya kena la ada ..." Sumber Gambar : Carian Google Hmm, itulah yang sering kita selalu fikirkan. Kita tidak pernah untuk salahkan diri sendiri atas sikap yang secara kasarnya adalah sikap malas. Secara realiti, saya pernah berkata, "Bukan susah nak buat aplikasi mudah alih, tapi kena ada komputer Apple (Macbook), baru senang nak buat". Tapi apabila sudah membelanjakan duit untuk Macbook, "Idea dah ada, komputer dah ada, tapi masa belum mengizinkan". Dan ianya tidak berakhir apabila mempunyai masa yang lapang. Ianya hanya alasan untuk tidak menyalahkan diri sendiri. Ianya adalah normal, tapi sampai bila kita harus berada di situasi tersebut? Bila ditanya, adakah saya tidak bersyukur atas semua yang ada, sudah tentu saya bersyukur tetapi lumrah manusia untuk tidak puas pada apa yang telah ada dan hanya akan menghargai apabila ianya sudah tiada.

Pesta Buku Terapung Terbesar di dunia

Tarikh : 4 - 27 September 2015 Facebook : MV Logos Hope

Salam Kemerdekaan

Kisah bermula apabila dalam perjalanan pulang daripada Morib - Putrajaya - Ipoh di mana Ayra kebiasaanya tertidur di dalam kereta. Kebarangkalian Ayra tidur lena pada malamnya, jadi sepanjang perjalanan balik ke Ipoh, Ayra bosan. Selain sibuk melayan tabletnya, saya terdengar lagu nombor yang jarang saya dengar. "3.. 1.. 8.. 5.. 7.. Melaka Melaka" Mula-mula rasa macam lagu-lagu biasa yang Ayra nyanyi, sehinggalah apabila isteri saya beritahu Ayra menyanyi lagu Merdeka. Memandangkan tengah memandu, tidak berkesempatan nak merakamkannya.  Rakaman di atas adalah ketika kami baru pulang kerja ketika isteri saya sedang membuka pagar rumah. Nasib baik Ayra memberi kerjasama yang terbaik. He he