Skip to main content

Pembelian Berikutnya : Pemacu Keras Luaran

Saya akan terus membeli jenama WD kerana setakat ini, ia adalah jenama yang kurang memberi masalah kepada saya.

Namun, saya tidak akan membeli Pemacu Luaran WD untuk kali ini. Ianya kerana selepas saya membuka bekas yang menyimpan 3TB tersebut, saya dapati ianya menggunakan WD Green.



Saya rasa saya sedar sebenarnya saya yang salah beli.

WD mempunyai 5 jenis iaitu Black, Green, Blue, Red dan Purple

WD Green adalah model yang sesuai untuk pemacu keras kedua atau pemacu keras luaran di mana ianya lebih sejuk dan senyap selain ianya sangat mesra alam.

WD Blue adalah model yang sesuai untuk pemacu keras biasa, untuk menjalankan sistem operasi di mana ianya lebih nilai kepada RM anda dan sesuai untuk kegunaan harian.

WD Black adalah model paling lasak di mana ianya sesuai untuk kegunaan ekstrim seperti permainan dan kerja-kerja grafik intensif, di mana ianya dicipta untuk tahan lasak dan sentiasa berada di tahap maksimum.

WD Red adalah model untuk sentiasa dipasang, sesuai untuk kegunaan storan rangkaian dan juga akses tanpa wayar.

dan yang terakhir WD Purple adalah model untuk sistem kamera litar tertutup.

Jadi kesimpulannya, kita sepatutnya membuat pemantauan spesifikasi sebelum membeli sesuatu produk. Kita tidak boleh mendapatkan prestasi sebuah Ferrari pada harga Kenari. :)

Comments

Popular posts from this blog

Frekuensi Radio di Semenanjung Malaysia

Memandangkan kebanyakan blog entri dan laman rasmi radio di Malaysia hanya memaparkan senarai frekuensi mengikut saluran radio, saya membuat entri berlainan sedikit di mana saya akan memaparkan senarai frekuensi radio mengikut lokasi. Semoga bermanfaat Perlis 89.0 - IKIM FM 106.5 - X FM 106.9 - Suria FM Pulau Pinang 88.2 - Hot FM 89.0 - IKIM FM 89.9 - Fly FM 93.0 - Hitz FM 97.1 - Sinar FM 101.3 - Kool FM 103.6 - Era FM 104.4 - Lite FM 106.5 - X FM 106.9 - Suria FM Kedah 88.2 - Hot FM 89.0 - IKIM FM 93.0 - Hitz FM 97.1 - Sinar FM 99.1 - Fly FM 104.4 - Lite FM 106.5 - X FM 106.9 - Suria FM Langkawi 89.0 - IKIM FM 90.7 - Era FM Taiping 89.3 - Lite FM 91.7 - Suria FM 93.6 - Hitz FM 95.2 - Era FM 96.4 - Sinar FM 104.9 - X FM Ipoh 87.9 - Fly FM 88.3 - Klasik FM 90.9 - Nasional FM 92.7 - Hitz FM 94.3 - Mix FM 95.6 - Perak FM 96.0 - Suria FM 96.9 - Sinar F...

Sure Hired

Persediaan untuk Sure Hired

Tips untuk mendapatkan Geran Crowdfunding

5 tips untuk mendapatkan peluang yang lebih cerah untuk mendapatkan geran.