Skip to main content

Titik Perubahan

Titik perubahan atau Turning Point. Tahun 2015 banyak mengubah persepsi diriku selama ini.

Selama ini saya merasa telah mahir berbahasa Melayu, namun apabila cabaran dari Blogger.com "Why not blog in Malay", ianya telah membuatkan saya lebih rapat dengan Google Translate. Ya, terjemahan dari bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Malu rasanya tapi demi menyahut cabaran Blogger.com, saya akan perbaiki penggunaan bahasa Melayu dan meneruskan memblog. :)

Selama ini saya merasa dengan bekerja lebih masa, sehingga lewat malam untuk mendapatkan rezeki yang lebih untuk menampung kehidupan berkeluarga, namun saya lupa, Allah SWT adalah pemberi rezeki. Saya akan bekerja dengan memperbaiki hubungan denganNya agar mendapat lebih keredhaan dan keberkatan rezeki.

Selama ini saya merasa dengan memandu laju agar saya akan tenang apabila sampai ke destinasi, namun saya lupa, bahawa bukan ketenangan apabila sampai destinasi yang lebih diidami, tetapi ketenangan sepanjang perjalanan lebih bermakna.

Insya Allah, semoga setiap perubahan yang berlaku akan dapat memanfaatkan diri dan orang sekeliling kerana sebaik-baik manusia, adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Masalah Tali Pinggang Keledar

Masalah ini masih belum selesai. Kronologi : Masalah mula berlaku seawal Julai, namun disebabkan masalah ini hanya berlaku sekali sekala, tiada sebarang tindakan dilakukan. Apabila nampak semakin kerap, saya hadir ke Pusat Servis Perodua di Bukit Kemuning (September), kebetulan ke sana kerana ada urusan keluarga. Pihak Perodua memaklumkan ianya berlaku disebabkan kenderaan berada pada permukaan tidak rata. Namun, masalah yang sama berlaku walaupun kenderaan berada dalam semua kondisi jalan. Kereta di hantar ke Pusat Servis Perodua di Kiam Fatt berhampiran Symphony Hotel, Ipoh. Dimaklumkan telah diperbaiki dengan melonggarkan sedikit tali pinggang tersebut. Kini, November, masalah masih berulang.

Meter Jarak Perodua Alza 2014

Range Meter Perodua Alza (Alza Second Generation 2014) mempunyai masalah yang sama seperti post Oktober 2012 (Alza First Generation 2010) Tekan Sini .  Punca yang sama iaitu berlaku apabila berlaku masalah pada bateri. Sama ada bateri lemah atau bateri telah dinyahsambung.  Solusi = Tiada.  Masalah akan selesai selepas mengisi minyak.

Food Truck Garden

Seperti biasa, The Hut adalah trak makanan kegemaran kami. Tapi apabila semua trak makanan ini berkumpul, macam-macam pilihan yang ada. Terima kasih kepada PORT kerana mengumpulkan semua track makanan sekitar Ipoh di laman mereka