Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Pantai Morib

Alhamdulilah, selamat sampai ke Pantai Morib. Kali terakhir saya berada di sini adalah ketika menjalani latihan industri pada tahun 2006. Pada ketika itu, saya terlibat dalam penghasilan montaj dan gimik untuk majlis perasmian Pelan Perancangan Bandar & Desa Morib. Seperti biasa, Ayra akan mencari permainan kegemarannya iaitu, Buih.  Tujuan kami ke sini sebenarnya memenuhi jemputan rombongan lelaki sepupu isteri saya yang melangsungkan perkahwinan di Kanchong Darat. Maaf sebab tiada gambar majlis perkahwinan tersebut kerana Ayra tidur di pangkuan saya sepanjang majlis. Hu hu

Pendidikan Awal

Melihat kepada karikatur ini (hasil carian google ), saya terfikir sejauh mana kita sebagai ibu bapa mendidik anak-anak kita? Pendidikan awal bukanlah dari Taska (Taman Asuhan Kanak-kanak) atau Tadika (Taman Didikan Kanak-kanak) tetapi sebenarnya dari rumah. Jika ingin dibandingkan dari sudut masa, 24 jam sehari, hanya sekitar 8 jam sahaja (1/3 hari) anak-anak kita ke sekolah. Ada lagi 16 jam lagi (2/3 hari) mereka bersama kita. Luangkanlah masa secukupnya bersama anak-anak kita. Saya menasihati diri saya yang juga kadangkala turut lalai menghadap telefon pintar. Namun, masih belum terlambat untuk kita memperbaiki hubungan kekeluargaan sedia ada. Semoga kita dapat membina generasi yang lebih baik sahsiahnya dan maju pemikirannya demi masa depan agama, bangsa dan negara.

Iklan Hari Ibu BarBQ Plaza

Saya sangat beruntung kerana saya masih lagi tinggal bersama kedua ibu bapa saya. Saya juga bersyukur kerana dikurniakan isteri yang sanggup berkorban untuk tinggal bersama ibu bapa saya. Kadang-kadang, tidak dinafikan perasaan malu apabila ada yang berkata takkan masih duduk di bawah ketiak mak lagi, tapi hanya yang mengalaminya sahaja memahami situasi sebenar. Berbaktilah kepada kedua ibu bapa selagi mereka masih ada. Pengalaman saya, saya sangat menghargai kedua ibu bapa saya setelah saya sendiri menjadi bapa kepada anak perempuan saya. Betapa besarnya pengorbanan ibu bapa dan betapa tabahnya ibu bapa untuk membesarkan kita dengan segala kelengkapan agar kita jauh lebih selesa daripada zaman mereka. Kasih sayang bukanlah boleh dijualbeli. Hargainya semua insan yang berada di dalam hidup kita.

Singkatan

Di dalam bahasa Melayu, Dr, km/j dan MBI dikenali sebagai singkatan. Namun di dalam bahasa Inggeris Abbreviation dan Acronym adalah dua perkara yang berbeza. Abbreviation Dr - Doktor km/j - Kilometer per jam Jln - Jalan Kg - Kampung Gambar dari www.gcflearnfree.org Acronym MBI - Majlis Bandaraya Ipoh PJH - Putrajaya Holdings SKMM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Gambar dari www.gcflearnfree.org Rujukan :  http://www.gcflearnfree.org/grammar/abbreviations-and-acronyms

Adira - Ruhi Kasih

Muzik Video yang mempunyai "jiwa".  Ini adalah antara video perkongsian oleh Ghaz Abu Bakar ketika sesi VMaker semalam. Ternyata apabila setiap kerja yang kita lakukan sepenuh hati, hasilnya akan mencerminkannya. Nasihat beliau akan saya ingat, kerana apabila kita buat sepenuh hati, hasilnya akan lebih ber"jiwa" dan Insya Allah akan "People will notice" (ayat Ghaz Abu Bakar). Insya Allah.

VMaker di The Picnic Table, The Strand, Kota Damansara

Alhamdulilah, kami selamat sampai di The Picnic Table pada 9.30 pagi selepas bertolak pada 6.30 pagi. Sarapan pagi Penganjur En Abdullah Sani dari MDEC Pn Marini Ramlan dari Primeworks     En Ghaz Abu Bakar En Azim Hulaimi Suasana di dalam The Picnic Table Bergambar dengan En Abdullah Sani dari MDEC Alhamdulilah, sempat berborak dengan En Ghaz Abu Bakar Sempat juga bergambar dengan En Ghaz Alhamdulilah, satu sesi perkongsian ilmu dan pengalaman yang terbaik dan terkenyang pernah saya hadiri. He he he, Siap dapat bungkusan spaghetti lagi dari The Picnic Table. Tidak sia-sia perjalanan 200 kilometer dari Ipoh. Terima kasih kepada Veedo selaku penganjur dan Insya Allah, jika ada acara sebegini lagi, kami akan hadir dengan penuh harapan. Web Acara :  http://www.veedo.my/vmaker/

Muzik Video Naratif Anuar Zain

Anuar Zain - Ajari Aku Anuar Zain - Sempurnakan Aku Antara hasil karya En Ghazz yang saya sangat kagumi. Semoga perjalanan esok untuk ke VMaker akan dipermudahkan dan selamat pergi dan selamat pulang. Insya Allah.

Fit Malaysia

Fit Malaysia hari ini akan berada di Kompleks Belia dan Sukan Panji, Kelantan. Insya Allah pada 13 September 2015, Fit Malaysia akan diadakan di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh, Perak. Terdapat 4 kategori untuk acara ini iaitu Larian (Run), Kayuhan (Ride), Mempertahankan Diri (Self Defense) dan Kecergasan (Fitness) Laman Web :  https://www.fit.my Fit Malaysia juga ada sebahagian dari acara yang lebih besar iaitu Hari Sukan Negara - Ke Arah Negara Bersukan. Hari Sukan Negara akan disambut pada setiap hari Sabtu, Minggu Kedua bulan Oktober setiap tahun bermula 2015. 10.10.2015 adalah tarikh hari Sabtu kedua untuk tahun 2015  Laman Web :  http://harisukannegara.my/

Pemilihan Syarikat Telekomunikasi

Pakej di Malaysia terbahagi kepada 3 pakej utama iaitu Telefon (Hanya untuk Panggilan dan SMS sahaja) Internet (Hanya untuk Internet sahaja, juga dikenali sebagai Pakej Jalur Lebar) Telefon dan Intenet (Pelan lengkap) Sebagai pengguna, berikut adalah kriteria yang harus dipertimbangkan sebelum melanggan mana-mana pakej yang disediakan Liputan Servis Pakej yang ditawarkan Harga Komitmen Setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza dan peruntukan kewangan yang berbeza.

Intellectual Property Creators Challenge

Kepada yang mahir di dalam dunia animasi dan pembina "Games", marilah mencuba nasib untuk menyertai pertandingan anjuran MSC Malaysia, iaitu Intellectual Property Creators Challenge. Untung-untung dalam geran bernilai RM60,000

Festival IdeaRaya

Antara festival seni yang akan diadakan dalam masa terdekat. Insya Allah saya akan ke sana. Tarikh : 12 & 13 September 2015 Lokasi : Laman Budaya, Shah Alam, Selangor Web :  http://idearaya.com/

Pertandingan Fotografi anjuran Bernama

Pertandingan Fotografi Hari Kebangsaan 2015 bertemakan Sehati Sejiwa. Kepada yang berminat, marilah sama-sama kita menghantar hasil kreativiti untuk pertandingan tersebut.

Bengkel Comicoaching

Inspirasi : Ghaz Abu Bakar

Pengalaman saya menuntut ilmu dengan beliau, beliau amat menitik beratkan jalan cerita. Ianya adalah kekuatan cerita itu sendiri kerana pelakon atau props hanyalah penghias cerita sahaja. "Good, simple but engaging story" . Saya juga adalah pelajar sejurusannya dengan beliau, jadi, boleh dikatakan saya juga adalah junior kepada beliau. Saya berkesempatan menyertai krew produksi beliau untuk beberapa muzik video seperti Anuar Zain (Semua Untukmu) dan Hazami (Kata). Beliau banyak memberi inspirasi kepada saya dalam memupuk minat di dalam dunia penyuntingan video.

Inspirasi : Ibu Tunggal

Kita tidak dapat merasakan atau membayangkan sesuatu perkara yang kita sendiri tidak alami.

Pekomik Fund Me Project

Kepada yang mempunyai bakat melukis tapi kekurangan dana, bolehlah mencuba nasib menyertai program anjuran Pekomik ini. Selamat berjaya. Facebook :  https://www.facebook.com/pekomik

Seminar Pemasaran Online Dinamik anjuran MARA Negeri Perak

Kepada usahawan-usawahan online, ini adalah seminar anjuran MARA Negeri Perak. Kepada yang berminat, bolehlah menghubungi terus nombor yang tertera di poster tersebut. Seperti biasa, apabila percuma, tempatnya adalah terhad. :)

VMaker - Empowering Digital Creators

Kepada pencipta kandungan digital, ini adalah antara peluang keemasan yang tidak harus diketepikan. Insya Allah, semoga permohonan saya untuk ke sini akan dipermudahkan. Kepada yang berminat, silalah RSVP. :) Website :  http://www.veedo.my/vmaker/

Penulis Buku Kanak-Kanak

Kepada bakal-bakal karyawan di luar sana yang selama ini memendam bakat, bolehlah mencuba nasib. Saya? Insya Allah akan menghantar. Kita tidak tahu setinggi mana kita boleh terbang selagi kita tidak melebarkan sayap kita. Walaupun kita akan jatuh, ingatlah bahawa otak kita seperti payung terjun, di mana ianya hanya berfungsi apabila ia berkembang. He he he Facebook :  https://www.facebook.com/IlhamKarangkraf

Titik Perubahan

Titik perubahan atau Turning Point. Tahun 2015 banyak mengubah persepsi diriku selama ini. Selama ini saya merasa telah mahir berbahasa Melayu, namun apabila cabaran dari Blogger.com "Why not blog in Malay", ianya telah membuatkan saya lebih rapat dengan Google Translate. Ya, terjemahan dari bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Malu rasanya tapi demi menyahut cabaran Blogger.com, saya akan perbaiki penggunaan bahasa Melayu dan meneruskan memblog. :) Selama ini saya merasa dengan bekerja lebih masa, sehingga lewat malam untuk mendapatkan rezeki yang lebih untuk menampung kehidupan berkeluarga, namun saya lupa, Allah SWT adalah pemberi rezeki. Saya akan bekerja dengan memperbaiki hubungan denganNya agar mendapat lebih keredhaan dan keberkatan rezeki. Selama ini saya merasa dengan memandu laju agar saya akan tenang apabila sampai ke destinasi, namun saya lupa, bahawa bukan ketenangan apabila sampai destinasi yang lebih diidami, tetapi ketenangan sepanjang perjalanan lebih ber

Trailer Filem : The Transporter 4

Trailer Filem : Legend of the Guardians

Pop-Up Flash

Pop-Up Flash adalah antara fungsi wajib terbina dalam untuk kebanyakan kamera DSLR. Namun Pop-Up Flash ini jarang digunakan kerana penggunaan aksesori External Flash yang memberi kesan yang jauh lebih hebat berbanding Pop-Up Flash. Video di bawah (CNET) memberi tips penggunaan Pop-Up Flash yang mampu menghasilkan gambar yang hebat tanpa External Flash.

Muzium Yasmin Ahmad di Kong Heng, Ipoh

Setelah sekian lama plan untuk ke Muzium Yasmin Ahmad di Kong Heng, akhirnya hari ini adalah kali pertama saya sekeluarga berjaya menjejakkan kaki ke sana. Halangan pertama adalah mencari parkir. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk parkir bersebelahan dengan Masjid Negeri Perak dan melintas jalan di hadapan kedai buku Mubaruk. Jumpa satu mural di dinding, tangkap gambar dulu. Selepas itu, jumpa peti-peti surat. Puas mencari tak jumpa, nampak kedai makan Plan B, tapi memandangkan baru 16 hari bulan, he he he, kami pun hanya lapik perut di Bits and Bobs makan Ice Ball Nishibomb Facebook :  https://www.facebook.com/bitsandbobsmalaysia Sambil-sambil makan, Ayra sempat bergambar berlatarbelakang Selalu Locks Pencarian muzium ini agak sukar pada mulanya kerana tiada papan tanda. Walaupun ada peta Ipoh Heritage Trails ... Gambar dari website :  http://www.ipohworld.org/ ... namun, tiada maklumat berkaitan Muzium Yasmin Ahmad. Akhirnya, bak kata pep

Aksesori Fotografi dibawa oleh Peter Hurley

Aksesori yang dibawa oleh Peter Hurley (Headshot Photographer) Dari Youtube B & H

Kafe Rambutan : Arabian & Western Cuisine

" Nasi Malooqba Palestin sedap. Sangat berpuas hati. :) Hari ini take away, Insya Allah next visit nak dine-in. " Itulah review di Facebook Page Kafe Rambutan yang ditinggalkan bersama 5 bintang. Selepas membungkus dua menu yang dicadangkan iaitu Nasi Malooqba Palestin dan Nasi Kabsa Syrian. Dua pilihan lauk sama ada Ayam atau Kambing. Memandangkan Mak dan Ayah kurang makan Kambing, Jadi, kami pun bungkuskan menu Ayam. Antara Malooqba Palestin dan Kabsa Syrian, kami sekeluarga merasakan Malooqba Palestin lebih sedap. :) Maaf tidak gambar kerana lapar sangat. He he. Insya Allah apabila kami makan di sana nanti, gambar akan dimuat naik. Gambar dari Facebook Kafe Rambutan Facebook :  https://www.facebook.com/caferambutan

Malam di Dataran Stesen Keretapi Ipoh

Selepas pulang dari kerja, Mama Ayra menyatakan hasrat untuk pergi ke Dataran Stesen Keretapi Ipoh kerana terbaca berkenaan permainan buih gergasi di situ. Alhamdulilah, kami sampai di situ pada pukul 8.30 malam. Melihat sekeliling, ramai ibu bapa dan kanak-kanak sedang beristirehat. Ada yang bermain buih, papan luncur, basikal, kereta kawalan jauh dan sebagainya. Tujuan utama kami ke sana adalah untuk mencari permainan buih gergasi. Namun, kami mulakan dengan buih biasa dahulu. Alasan untuk datang lagi. He he he. Start small right?

3D sebelum wujudnya TV 3D

"Zaman kanak-kanak adalah zaman paling indah."  Ini adalah ungkapan apabila seseorang merasakan dirinya dah semakin tua. He he he. Kanak-kanak sahaja yang akan berfikir "Tak sabarnya nak jadi dewasa", Entri ini tercetus apabila saya sekeluarga pergi ke AEON Kinta City. Seperti biasa, bahagian Permainan adalah bahagian yang wajib disinggah. Kebetulan hari ini ada jualan murah.  Saya terjumpa di bahagian Jualan 70% (bahagian ini yang biasa akan dituju dahulu.. He he he, kad 3D. Memandangkan anak saya memang gemar Dora The Explorer, kad 3D ini adalah yang paling banyak dibeli. Cara untuk menggunakan kad ini, pertamanya kita kena ada teropong 3D (seperi gambar di atas). Teropong di atas adalah versi terbaharu, selepas penjenamaan semula Viewmaster. Produk asalnya ada Viewmaster, namun ianya telah dijenamakan semula di bawah Fisher Price. Kewujudan kad 3D ini telah ada sejak saya kecil lagi. Gambar di atas ada teropong 3D milik saya ketika s

Perkataan

"Kadangkala perkata hanya Merungsingkan sahaja kelu tak berbahasa" Lirik Suraya - Headwind/Indigo