Mari kita lihat dari 2 perspektif berbeza. Yang pertama dari sudut seorang pelajar. Kita sering merasakan diri kita di"aniaya" atau di"beban"kan dengan kerja kursus, ujian dan macam-macam lagi oleh cikgu kita. Namun, selepas kita habis belajar, kita akan masuk ke alam pekerjaan, kita akan mula menghargai semua itu satu per satu. Dari sudut seorang cikgu, kita sering merasakan pelajar adalah tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita untuk kita didik dan memastikan mereka berolah kejayaan. Tiada apa yang lebih diharapkan oleh seorang cikgu melainkan melihat kejayaan yang dikecapi oleh anak murid tersebut. Jadi, bersyukurlah kita diberi kesempatan untuk menuntut ilmu, di mana ilmu tersebut dapat membantu kita meneruskan kehidupan.