Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Majlis Konvokesyen KPTM ke 32

Video Klip Tahniah kepada Graduan KPTM untuk sesi 2015 Team Meggi Ketam Production untuk 2015. Selamat Datang En Shahrulizan. :) Wefie dengan Band KPTM Wefie dengan Jabatan IT KPTM HQ. Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan Meggi Ketam wefie bersama Jabatan IT KPTMHQ

Majlis Ihtifal Tadika Seruan Islam

Bersiap untuk persembahan Persembahan Ayra Alhamdulilah, dah selesai. :)

Mawi & Filsuf - Sahabat Dalam Tubuh

Kebanyakan lagu nyanyian Mawi bukanlah hanya sekadar menyedapkan telinga yang mendengarnya, namun lagu-lagu beliau, penuh maksud tersurat dan tersirat. Pengisian lagu ini juga sebenar sangat mendalam, jika kita betul-betul menghayatinya.

Masalah Tali Pinggang Keledar

Masalah ini masih belum selesai. Kronologi : Masalah mula berlaku seawal Julai, namun disebabkan masalah ini hanya berlaku sekali sekala, tiada sebarang tindakan dilakukan. Apabila nampak semakin kerap, saya hadir ke Pusat Servis Perodua di Bukit Kemuning (September), kebetulan ke sana kerana ada urusan keluarga. Pihak Perodua memaklumkan ianya berlaku disebabkan kenderaan berada pada permukaan tidak rata. Namun, masalah yang sama berlaku walaupun kenderaan berada dalam semua kondisi jalan. Kereta di hantar ke Pusat Servis Perodua di Kiam Fatt berhampiran Symphony Hotel, Ipoh. Dimaklumkan telah diperbaiki dengan melonggarkan sedikit tali pinggang tersebut. Kini, November, masalah masih berulang.

Invigilator

Hari ini saya ditugaskan menjadi Pengawas Peperiksaan Akhir Semester untuk sesi Julai 2015. Sesi pagi saya bertugas bersama En Petra dan Pn Diyana untuk kertas Pengajian Malaysia 2 manakala pada sesi petang pula, saya bertugas bersama En Khairul, En Syafiq dan Pn Diyana untuk kertas Mathematic pula. Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar. :)

Happy November

Assalamualaikum, kemaskini terakhir adalah pada 2 Oktober. Hmm, banyak sangat yang berlaku dan sehingga saya telah meninggalkan blog ini buat sementara waktu. Barangkali depresi yang melanda diri telah menjatuhkan semangat untuk terus berjuang. Alhamdulilah, cukuplah sebulan untuk saya terus hanyut dibawa arus depresi. Masanya untuk bangkit dan teruskan perjuangan.