Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Aiskrim Freddo

Aiskrim Freddo ada dua gerai satu di Konda Kondi Cafe manakala satu lagi atas Foodtruck. Pertama kali saya makan aiskrim Freddo apabila Foodtruck Aiskrim Freddo dalam ke KPTM Ipoh ketika acara pelajar Diploma In Management with Multimedia mengadakan Food Fest + Hari Mesra Pelanggan KPTM Ipoh pada 21 - 22 Oktober 2015 Gambar dari Facebook Freddo Ketika itu, isteri dan anak saya tidak berkesempatan untuk menyertai sekali. Jadi, setelah sekian lama merancang, akhirnya, hari ini berkesempatan bawa kedua insan tercinta. Memandangkan kami memang peminat Mangga / Mempelam / Mango, maka pilihan perisa adalah Vanila + Mango. Cara pembeliannya Aiskrim Freddo adalah seperti Pilih sama ada Vanila / Coklat (Based) Pilih Kiwi / Mango / Banana / Strawberry / Oreo / Kitkat / Chipsmore / Milo Nugget dan akhir sekali pilih mana-mana 2 toppings yang disediakan. Harga pada ketika post ini ditulis adalah RM4.20 Laman Facebook Freddo : Tekan Sini

Elizabeth Tan & Faizal Tahir - Setia

Kali pertama dengar lagu ini, saya dapat membayangkan muzik video lagu ini nanti akan sangat "biasa" iaitu babak bangun tidur. Setelah muzik video dikeluarkan di youtube, tanggapan pertama saya tepat, namun ianya berubah pada babak akhir di mana ianya diolah agar menjadi lebih tragis. Cuma, bila diulang-ulang, babak terakhir hampir sama dengan (terutama ketika kepala terhantuk cermin) muzik video Anuar Zain - Ajari Aku.

Autodesk 3ds Max 2015 Certified Professional

Alhamdulilah, nama saya telah terpilih bersama seorang lagi pensyarah yang mengajar kursus Ijazah, untuk menyertai kursus 6 hari Autodesk 3ds max 2015 Certified Professional di Prestariang, Cyberjaya. Selama 6 hari 5 malam, saya menetap di Citadines Apartment Hotel yang berada di dalam pusat membeli-belah D'Pulze, Cyberjaya Hari pertama yang agak stress Walaupun trainer, En Latif sangat bersahaja Selepas hari ketiga, keyakinan bertambah Perasaan sebelum menduduki peperiksaan Selepas selepas menduduki peperiksaan Alhamdulilah, segulung sijil yang tidak boleh digulung kerana ianya dalam format Digital Gambar semua peserta bersama Trainer

Hotwheels Collector Ipoh Gathering

Lokasi : McDonalds Gunung Lang Penganjur : Hotwheels Brotherhood Ipoh

Hari Sukan Taska Ayra

Hari ini adalah Hari Sukan Ayra. Ini Hari Sukan pertama yang Ayra dapat sertai pada umur 3 tahun Alhamdulilah, cuaca yang berjerebu agak kurang sedikit dan mengizinkan Hari Sukan ini diteruskan Bersama ibu-ibu dari KPTM Ipoh Muka selepas tamat sukaneka. Muka sedih sebab tidak mendapat hadiah

Pembelian Berikutnya : Pemacu Keras Luaran

Saya akan terus membeli jenama WD kerana setakat ini, ia adalah jenama yang kurang memberi masalah kepada saya. Namun, saya tidak akan membeli Pemacu Luaran WD untuk kali ini. Ianya kerana selepas saya membuka bekas yang menyimpan 3TB tersebut, saya dapati ianya menggunakan WD Green. Saya rasa saya sedar sebenarnya saya yang salah beli. WD mempunyai 5 jenis iaitu Black, Green, Blue, Red dan Purple WD Green adalah model yang sesuai untuk pemacu keras kedua atau pemacu keras luaran di mana ianya lebih sejuk dan senyap selain ianya sangat mesra alam. WD Blue adalah model yang sesuai untuk pemacu keras biasa, untuk menjalankan sistem operasi di mana ianya lebih nilai kepada RM anda dan sesuai untuk kegunaan harian. WD Black adalah model paling lasak di mana ianya sesuai untuk kegunaan ekstrim seperti permainan dan kerja-kerja grafik intensif, di mana ianya dicipta untuk tahan lasak dan sentiasa berada di tahap maksimum. WD Red adalah model untuk sentiasa dipasang, sesuai

Penukaran jawatan

Hari ini adalah hari pertama saya bertugas sebagai Ketua Unit Latihan Industri dan hari pertama saya bukan lagi Ketua Jabatan Multimedia. Saya pernah menjadi Ketua Unit Latihan Industri ini pada Mei 2009 - Jun 2012. Insya Allah, saya akan memikul tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin.