Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

MAOC Perhimpunan Rantau Tengah

My Alza Owner's Club (MAOC) Rantau Tengah (Kuala Lumpur) membuat perhimpunan dan ini kali pertama saya menyertainya. Nombor Ahli MAOC 122, mendaftar sejak Disember 2009. Walaupun pada asalnya, saya menempah Myvi SE 1.5, namun disebabkan kekangan stok, saya ditawarkan Alza 1.5 SXi. Banyak hikmah di sebalik apa yang berlaku dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Perhimpunan berkumpul di Batu Caves dan bertolak ke Rawang. Selepas Rawang sepatutnya terus ke Genting Highland, namun saya meminta diri kerana perlu pulang ke Ipoh. Gambar diambil ketika berada di Rawang. Tidak berapa ingat nama lokasi sebenar. Ketika ini, perkataan selfie belum terkenal lagi.